3 Cara Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Bila bercakap pasal blusher, ada yang akan setuju dan ada yang ‘kureng’ minat dengan blusher ni. Tapi sebenarnya, takda masalah pun dengan penggunaan blusher ni. Yang menjadi masalah adalah apabila salah pilih warna blusher.

Akibatnya, muka yang sepatutnya nampak lebih berseri, jadi jadi macam watak ‘Chibi Maruko’ atau muka jadi kelam dan gelap.

Sebenarnya, boleh je pakai blusher dan masih nampak neutral atau malu-malu gitu. Ada cara dan tips yang perlu anda tahu dan belajar. Yang paling penting, kenal pasti tona kulit wajah anda dulu tau sebab warna blusher perlu sesuai dengan warna kulit muka.

  • Kulit Cerah / Pale
    Bagi yang berkulit cerah, sangat sesuai untuk gunakan warna ‘soft pink’ atau ‘sweet pink’. Kulit akan Nampak sangat natural seolah-olah ‘blushing’ atau pipi yang merah kerana panas matahari.
  • Kulit Sawo Matang / Medium
    Ramai sebenarnya orang Malaysia yang berkulit sawo matang atau medium. Jadi, baca betul-betul tau. Untuk bagi pipi nampak bloom dan segar, gunakan warna blusher peach atau oren. ‘Trick’ nya adalah warna ni tidak terlalu ‘bold’ atau berbeza dengan warna kulit. Jadi tak terkejut sangat orang di seberang jalan tengok pipi korang.
  • Kulit Gelap
    Bagi yang berkulit gelap, kene elakkan pakai blusher pink kerana warna yang soft akan buat kulit nampak gelap dan kelabu tau. Jadi, pilih warna merah. Eh jangan takut, bukan pakai tebal-tebal, dab-dab sedikit untuk lebih ‘obvious’ nampak warna blushing pipi tu. Cantik sangat!

Mana nak cari blusher berkualiti yang cantik dan sesuai untuk kulit? Korang boleh dapatkan blusher pigmented yang ‘awesome’ sangat dari Alha Alfa. Jadi kalau ade yang tengah cari blusher yang sesuai, Alha Alfa ade semua tiga shades tau! Boleh dapatkan dari agen yang sah dan stokis berdekatan.

Sale
Set Borderless

RM269.00 RM199.90

Sale
Soul Matte

RM159.90 RM143.90

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How Can We Help You? Available from 08:30 to 22:00